ISU KOMUNIS: PAS GALI LUBANG SENDIRI

>> 03 September 2011


Kenyataan Mat Sabu mengangkat Mat Indera sebagai pejuang negara benar-benar memakan diri sendiri. Telah banyak laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu mengenai kenyataannya itu.

Mat Sabu nampaknya masih belum belajar pepatah Melayu "akibat mulut badan binasa". Akibat terlalu gemar berceramah, kenyataannya telah memakan PAS. Apakah pendirian PAS sebenarnya dalam isu ini?

Kebanyakan pemimpin PAS sekadar berdiam diri. Malah DAP sahaja wakil Pakatan yang menyatakan pendirian. Karpal menyatakan pendirian yang bertentangan dengan kenyataan Mat Sabu. Apakah PAS sentiasa keciciran dalam menyatakan pendirian dalam sesuatu isu?

Mat Sabu bertambah celupar apabila enggan meminta maaf. Mat Sabu sentiasa mengatakan dia di pihak yang benar walaupun sejarah menyatakan dengan jelas Mat Sabu di pihak yang salah.

Nampaknya PAS lebih gemar menjaga kebajikan masyarakat cina daripada bangsa sendiri. Ini semua berpunca daripada amanat Tok Guru Nik Aziz yang malu mengaku Melayu. Maka komunis yang berfahaman anti agama dijulang tinggi oleh pengikut khawarij. Anak muridnya seperti Mat Sabu pun menyebarkan ajaran Tok Guru ini walaupun sukar untuk diterima rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP