NAJIB PERLU KAJI KEDUDUKAN CIKARO-CIKARO DALAM BN

>> 08 September 2011

Diwaktu ini, kedudukan BN dilihat pada tahap yang amat baik dalam tempoh 5 tahun. Usaha BN untuk mendapat kembali sokongan rakyat membuahkan hasil. Dapat dilihat pada PRK dimana setelah usaha tungkus-lumus daripada jentera parti, rakyat mula mempercayai dan menyokong kembali BN.

Tambahan pula pembangkang khususnya PAS dlilihat dalam kedudukan yang amat lemah sekali. Kenyataan-kenyataan terdesak sering dikeluarkan pembangkang. Isu Bersih juga tidak mendapat sambutan seperti yang dirancang pembangkang.

Di waktu kita sedang sibuk menyiapkan diri untuk PRU ke 13, saya menyeru agar Najib mengkaji kedudukan cikaro-cikaro yang akan membantutkan usaha BN dalam meraih kemenangan. Rakyat telah bersuara. Seharusnya suara rakyat ini didengari oleh badan perhubungan UMNO.

Inilah himpunan kisah cikaro dalam BN. Sila klik pada tajuk untuk membaca kisah cikaro-cikaro ini.

1. Setpol Najib
2. Perang terhadap Azwandin
3. Perang terhadap Azwandin 2
4. Biawak hidup Najib
5. Biawak hidup Najib 2
6. Menteri parasit
7. Menteri KDN
8. Menteri Lembik

Ini hanyalah kisah yang diwar-warkan oleh blogger. Saya percaya masih ada lagi kisah-kisah cikaro yang belum dirungkaikan hingga kini. Jadi kepada Najib, segeralah banteras masalah ini atau pun anda akan menerima akibat yang sama seperti Pak Lah.

Najib jangan tidur macam Pak Lah.


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP