MAT SABU TERKANTOI LAGI. MANA MAU LARI!

>> 07 September 2011


Mat Sabu terkantoi lagi. Setelah bermacam usaha dilakukan, tiada satu pun usahanya yang mampu menutup semangat komunisnya. Dari perjumpaan dengan waris peristiwa Bukit Kepong yang ditolak mentah-mentah, kini penipuan mengenai buku sejarah pula diperjelaskan.

Petikan Utusan Malaysia,



JOHOR BAHRU 5 Sept. - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.


Apa yang pasti, pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.


Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.


"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.


"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.


Terdahulu pada sidang akhbar di sini hari ini, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan 'yakin' mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.


"Berdasarkan buku itu dari awal lagi saya yakin saya menang mengenai isu (Mat Indera) dan keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan bukti bahawa Penaung YWJ ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, malah bersama ahli akademik berwibawa yang dengan jelas menyatakan Mat Indera seorang pejuang dan bukannya komunis," katanya.

Wahai Mat Sabu, mana hang mau lari lagi? Terimalah akibat dari kebusukan mulut hang sendiri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP