KJ DAN REMBAU

>> 05 September 2011


Di waktu kelantangan Khairy berhujah, saya tertarik dengan satu fakta yang agak menyakitkan untuk diterima rakyat khususnya di Negeri Sembilan.

Saya rajin menanyakan soalan-soalan mengenai pembangunan di sesuatu kawasan untuk mengukur prestasi pembangunan yang dibawa oleh UMNO selaku pemerintah di kawasan tersebut.

Perjumpaan saya dengan masyarakat Rembau agak baik. Mereka menyatakan sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada BN. Syukur Alhamdulillah kerana di waktu tsunami politik dahulu, Khairy masih boleh menang dengan majoriti selesa.

Cuma satu yang dirintihkan penduduk Rembau. Selama lebih sepuluh tahun sejak lupusnya bidan kampung, kesemua anak Rembau lahir di luar Rembau. Saya bertanyakan mengapa. Jawapannya mudah sahaja. Tiada hospital di Rembau. Itulah fakta yang menyakitkan untuk diterima.

Jadi kepada Khairy, untuk menifesto pilihanraya seterusnya, silalah masukkan pembinaan hospital di Rembau. Kebanyakkan mereka adalah golongan yang berpendapatan rendah. Mereka tidak mampu untuk membayar perkhidmatan klinik swasta. Dengarlah rintihan mereka ini dan bayarlah kembali kepercayaan mereka kepada anda.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP