HUDUD TIDAK DILAKSANAKAN. PAS TUNDUK LAGI

>> 29 September 2011


Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara menyatakan mereka tidak akan melaksanakan hukum hudud samada di Kelantan atau mana-mana negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Kelembikan PAS ini sememangnya telah pun diramalkan oleh ramai pihak kerana sebelum ini juga PAS sememangnya sentiasa tunduk kepada PKR dan DAP dalam man-mana keputusan Pakatan Rakyat.

Maka dengan ini terbuktilah bahawa PAS sekadar gemar bercakap kosong. Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP perlu keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya tidak menyokong hudud. Tetapi hari ini suara-suara lantang Pas berjaya dijinakkan oleh DAP.

Nampaknya PAS tidak boleh lagi berkempen bermodalkan hukum hudud untuk menarik undi dan sokongan orang-orang melayu pada PRU akan datang. Maka dengan ini terbuktilah bahawa PAS SEMEMANGNYA BACUL DAN PENAKUT DENGAN DAP.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP