APABILA SI BEBAL SAMBUT MERDEKA

>> 01 September 2011



Saya amatlah hairan melihat kenyataan haprakah mengenai sambutan kemerdekaan. Inilah akibatnya apabila fikiran terlalu jumud, semua benda hendak dipolitikkan.

Tidak cukup dengan Mat Sabu menghina pejuang negara, isu yang baru ditambah lagi.

Apakah yang dimaksudkan sambutan kemerdekaan seperti menyambut ulang tahun UMNO? Apakah ada rakyat Malaysia yang menyambut merdeka membawa semangat parti tersebut?

Bagi saya tidak salah kerana terpulanglah kepada parti itu mahu menyambut dengan cara yang bagaimana. Dan yang paling penting asalkan cara sambutan itu tidak menyalahi undang-undang agama dan negara.

Jika begitu, mengapa PAS yang begitu hebat berceramah sana-sini tidak mengadakan program sendiri? Mengapa kerajaan Kelantan tidak mengadakan sambutan kemerdekaan? Apakah ini tidak dipersoalkan?

Bukankah PAS sangat hebat dan mengakui parti itu juara agama? Kalau betul kenyataan ini kenapa PAS tidak mengadakan bacaan Yasin untuk pejuang negara? Inikah ciri parti yang mengakui paling Islam dalam Malaysia?

Ini kenyataan yang paling bebal sekali yang dikeluarkan oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad:

Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.

“Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.

Bukankah dalam buku sejarah sekolah menengah ada menyebut dengan banyaknya mengenai perjuangan insan-insan pejuang ini? Apakah tidak cukup lagi dengan pembelajaran yang sebegitu?

Tidak cukup dengan itu, nama jalan, nama bangunan dan pelbagai lagi yang dinamakan sempena insan-insan pejuang ini. Tidak cukup lagikah bagi PAS?

Saya juga tertanya-tanya. Siapakah yang dimaksudkan tokoh-tokoh UMNO itu? Inilah sifat baling batu sembunyi tangan. Jika berani sila nyatakan siapakah tokoh-tokoh UMNO itu. Bukankah tokoh-tokoh UMNO itu juga tokoh kemerdekaan negara? Apakah satu dosa menyebut nama Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar? Sila jawab wahai golongan khawarij.

Saya tidak marah sekiranya PAS tidak mahu menyambut kemerdekaan tetapi saya amat marah dan kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang mengakui majoriti ini menghina sambutan kemerdekaan.

Apakah tiada modal lain yang ingin dipertaruhkan? Semakin banyak isu bodoh yang dibawa PAS maka semakin dekatlah PAS kepada kehancuran. Biarkan kata-kata mereka menghancurkan diri mereka sendiri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP