NGO CINA BANYAK TIDUR DARI TERJAGA

>> 27 September 2011

NGO cina dilihat lebih banyak tidur dari bekerja. NGO ialah mata kepada kerajaan. Segala kesalahan dan kelemahan yang ditonjolkan oleh kerajaan akan dinasihati dan dikritik oleh NGO. Inilah yang dilakukan oleh NGO melayu seperti Perkasa, Pekida, JMM dan banyak lagi.

Tetapi sayangnya. NGO cina hanya lebih gemar menguruskan agenda mereka sendiri. Ini dapat dilihat sendiri apabila pembentangan belanjawan negara, NGO cina jarang sekali untuk menyatakan usul kepada kerajaan.

Tindakan mereka ini seolah-olah segala keperluan mereka telah cukup. Tetapi apabila waktu mengundi, mereka inilah yang akan mengundi pembangkang. Bagaimana kerajaan mahu memenuhi keperluan masyarakat cina sekiranya NGO cina tidak pernah meminta apa-apa?

Kali terakhir mereka meminta kerajaan mengkaji cara memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan. Mereka datang dengan cara menyerang dan menyalahkan kerajaan kerana kurang prihatin terhadap isu tersebut. Saya hanya mampu mengatakan mengapa waktu dahulu tidak dicadangkan isu ini dengan baik? Mengapa di waktu terlalu genting baru mereka mahu bersuara.

NGO cina juga gagal untuk menerapkan ideologi kerajaan ke dalam masyarakat cina. Lihat sahajalah ideologi 1Malaysia yang dibawa PM. Mengapa mereka ini tidak mengetengahkan idea tersebut ke dalam institusi dan masyarakat cina? Selama ini mereka mendokong ideologi apa selain ideologi kerajaan?

Seharusnya NGO cina perlu lebih menekankan aspek kerjasama dengan kerajaan. Inilah yang dipanggil hubungan dua hala. Di waktu ini hubungan kerajaan dan NGO cina seolah-olah terputus akibat daripada sikap mereka sendiri.

Tetapi, saya tidak menyalahkan NGO cina seratus peratus. Di pihak kerajaan juga dapat dilihat MCA yang sepatutnya menjaga kepentingan masyarakat cina juga turut gagal untuk mendekati NGO cina ini dengan baik.

Jamuan makan malam dan memberi sumbangan sahaja tidak cukup untuk mendekati NGO cina. Seharusnya MCA duduk semeja dengan NGO cina ini dan berbincang mengenai permasalahan dan pendapat untuk menyelesaikan segala masalah masyarakat cina dan kerajaan.

Jika perkara ini dapat dilaksanakan, saya percaya MCA akan menang dengan majoriti yang baik pada PRU yang akan datang. Sekiranya MCA masih membenarkan NGO cina tidur, maka MCA juga akan sentiasa tidur bersama mereka.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP