PEMANSUHAN ISA YANG MENJADI TANDA TANYA

>> 16 September 2011


Malam tadi, PM mengumumkan pemansuhan akta ISA yang selama ini digunapakai untuk mempertahankan keselamatan negara.

Tidak perlu bercerita panjang mengenai pengumuman itu kerana satu Malaya mendengar dan terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut PM kita.

Mari berbincang kepada keadaan yang berlaku selepas pengumuman tersebut.

PM menyatakan di dalam ucapan beliau bahawa 2 akta baru akan digunapakai untuk menggantikan ISA. Rakyat masih tertanya-tanya akta apakah itu.

Di masa ini, pembangkang telah pun mendapat suntikan moral mengenai pengumuman itu. Dapat dilihat di media pro pembangakang bagaimana mereka meraikannya. Malah ada yang mendakwa tanpa segan silu bahawa mereka berjaya mendesak kerajaan untuk menggugurkan akta tersebut. Memang dasar tak tahu malu.

Di masa ini, saya percaya sekiranya dibincang di parlimen, PM akan mendapat sokongan mudah untuk menggugurkan akta ini. Tetapi, mudahkah bagi PM untuk mendapat sokongan 2/3 untuk melaksanakan 2 akta yang baru itu? Inilah perkara yang menjadi persoalan sekarang.

Di waktu ini saya percaya moral penyokong kerajaan berada di tahap yang rendah kerana mereka masih tertanya-tanya perkara apakah yang bakal menyusul selepas ini. Malah ada juga media pro kerajaan yang menghentam PM atas pengumuman itu.

Saya hanya mampu menyarankan kita di pihak kerajaan agar bersabar dan lihat dahulu arah tuju PM kita.

Marilah belajar dari sejarah. Masih ingatkah kita pada Tun M? Projek pembinaan jambatan Pulau Pinang ditentang hebat suatu masa dahulu. Malah sehinggakan ada ahli UMNO yang menyumbat gol sendiri tetapi akhirnya Jambatan Pulau Pinang diangkat sebagai mercu tanda Malaysia. Akhirnya siapakah yang mendapat penghargaan terhadap pencapaian tersebut? Mungkinkah PM mahu membawa cara yang sama yang diperkenalkan oleh Tun M?

Sejarah telah mencatatkan di mana kita di pihak kerajaan boleh bersabar selama 2 tahun untuk memberikan peluang kepada Pak Lah untuk memperbaiki UMNO. Di waktu itu kita berada pada tahap yang paling lemah. Pak Lah gagal lalu  kita kehilangan majoriti 2/3. Sekiranya kita boleh bersabar dengan Pak Lah, mengapa kita tidak boleh bersabar dengan PM yang baru mengumumkan pemansuhan ISA ini malam tadi?

Berilah peluang kepada PM kita. Kitalah yang mencorakkan hala tuju parti kita. Tidak perlulah menghentam mana-mana pihak di waktu ini kerana apa yang terbaik boleh dilakukan kita hanyalah bersabar. Insyaallah, kesabaran itu ada hikmahnya.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP