ZAID IBRAHIM: LEBIH RAMAI AHLI KITA MENGKRITIK

>> 21 September 2011

Selepas Zaid Ibrahim memecat tiga ahlinya tanpa melakukan prosedur yang betul, seorang ahli KITA Mohd Zahrein Zakariah memaklumkan kepada Bernama bahawa parti itu akan mengadakan satu mesyuarat luar biasa.

Mesyuarat itu akan membincangkan cara untuk Zaid Ibrahim mengundurkan diri secara terhormat.

Ahli yang dipecat ialah:
1. Setiausaha, Abdul Latif A. Tambi
2. Bendahari, Rashid Azan Khan
3. Ahli CEC, Mohd Firdaus Christopher

Yang terbaru, ahli CEC iaitu Dr. Rajaratnam Gopal Pillai menyatakan Zaid tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli CEC.

Pemecatan ini ahli KITA ini dikatakan berpunca apabila Firdaus yang menentang belanjawan parti yang dipotong manakala Abdul Latif pula enggan memberikan "password" laman web Kita kepada presiden parti.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP