MCA OH MCA...

>> 16 September 2011


Di waktu ini, MCA dilihat amat lemah sekali. Setakat ini, kepimpinan MCA masih gagal untuk menyatakan sasaran mereka di dalam PRU yang akan datang.

MCA dilihat lebih gemar untuk mendiamkan diri dari berjuang untuk Barisan Nasional. Hanya kepimpinan parti mereka sahaja yang bertungkus-lumus untuk memperjuangkan parti.

Setakat ini, usaha yang dilakukan MCA untuk menambahbaikkan parti dilihat terlalu kabur. Sebilangan pemimpin mereka juga berada dalam keadaan terdesak.

Segala-galanya bermula apabila perebutan kerusi jawatan MCA. Selepas itu tiada tanda-tanda kebangkitan yang ditunjukkan MCA. Tambah parah, keadaan di dalam MCA sendiri dilihat bercelaru.

MCA sebenarnya kehilangan sokongan golongan muda cina. Ini kerana golongan muda cina lebih gemar menggunakan internet berbanding medium komunikasi lama seperti televisyen dan surat khabar.

Hal ini dimanipulasi dengan baik oleh DAP dengan mengeluarkan dakyah-dakyah parti mereka melalui saluran seperti MalaysiaKini dan RoketKini.

Seharusnya MCA juga mengambil jalan yang sama. Cara kempen mereka amat ketinggalan zaman. Sekiranya MCA tidak memperbaharui cara kempen mereka, mereka akan tetap gagal dalam PRU nanti.

Sehingga kini MCA masih gagal membersihkan imej mereka. MCA digelar DAP sebagai anjing UMNO dan macam-macam lagi. Tetapi rakyat tidak nampak cara MCA menyangkal dakwaan itu. Memang benar selama ini MCA lebih banyak memperjuangkan hak Cina seperti sekolah jenis Cina, Bahasa Cina tetapi sekarang ini kita di arus permodenan yang baru. Tunjukkan kepada rakyat hasil kerja kita supaya rakyat boleh nampak dan menilai kebaikan kita.

Oleh itu, barisan kepimpinan MCA perlu memberikan rawatan segera seperti mana UMNO memberikan rawatan kepada parti. Syukur kepada Allah dimana UMNO telah hampir pulih selepas rawatan. MCA juga memerlukan rawatan sedemikian rupa untuk memperbaiki imej parti yang sudah tercalar.

1 comments:

Suzaku05 September 17, 2011 at 7:56 PM  

Sebenarnya MCA tgh terjerat. Di telan mati emak diluah mati bapak dan berdiam diri adalah jalan terakhir mereka. Yg penting BN kena menang PRU akan datang dan Cina2 sombong dan bongkak ini kita akan ajar...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP