PAS NS MEMANG TAK SEDAR DIRI!

>> 22 September 2011




Apakah persamaan poster-poster di atas? Cuba lihat tempat di yang dinyatakan di dalam kesemua poster di atas. Semuanya di sebuah tempat di Gedung Lalang. Tempat itu ialah sebuah surau yang dipanggil Surau Hitam.

Surau Hitam ini ialah surau yang didirikan oleh kerajaan negeri semasa di bawah pentadbiran Tan Sri Isa Samad. Tetapi puak-puak tak tahu malu ini sesuka hati menjadikan Surau Hitam ini sebagai medan politik.

Surau ialah tempat umat Islam menyusun saf menyembah tuhan yang satu tetapi bangsat-bangsat PAS ini menjadikan surau tempat menghasut dan memecah-belahkan umat Islam.

Tambah menyedihkan, Surau Hitam ini dilabelkan oleh penduduk setempat sebagai markas PAS. Apabila ada label seperti itu, semestinya golongan pro kerajaan atau bukan politik takut atau tidak sedap hati hendak ke surau itu lagi.

Tan Sri Isa Samad pernah mengadakan ceramah di surau ini pada tahun 2008. Beliau menyatakan "jangan sekali-kali hendak mempolitikkan surau ini. Surau ini surau untuk semua, bukan untuk orang PAS sahaja". Tetapi ternyata PAS amat degil.

PAS menyatakan mereka tidak menggunakan surau sebaliknya hanya berdekatan dengan Surau Hitam. Penipuan puak PAS ini satu Negeri Sembilan pun tahu. Memanglah mereka tidak menggunakan kawasan dalam surau (ruang solat) tetapi mereka menggunakan kawasan halaman surau. Tidak samakah itu menggunakan surau?

Puak-puak tidak tahu malu ini sewenang-wenangnya menjadikan surau yang dibina oleh kerajaan negeri di bawah naungan BN ini milik mak bapak mereka. Dasar tak tahu malu! Kalau nak ceramah politik, buat surau sendiri! Jangan pakai surau wakaf!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP