MCA OH MCA... 2

>> 21 September 2011


Bersambung perbincangan MCA.

Di waktu ini, masyarakat Cina enggan untuk mengundi MCA kerana banyak faktor. Antara faktor utamanya ialah hasutan DAP yang mengatakan MCA sebagai anjing belaan UMNO.

Permasalahan ini masih mempunyai jalan penyelesaian. Saya agak hairan kerana jalan penyelesaian ini telah pun diamalkan selama lebih ratusan tahun dalam apa jua bentuk peperangan tetapi MCA gagal untuk menafsirkan strategi ini dengan baik.

Caranya ialah MCA memerlukan seorang wira. Di waktu ini, MCA mencanangkan Chua Soi Lek sebagai wira tetapi berdasarkan apa yang rakyat dapat lihat, Chua Soi Lek hanyalah sekadar pejuang politik biasa. Ini kerana Chua sendiri pernah mengalami masalah moral. Ini kelemahan yang paling kronik untuk melantik seseorang sebagai pemimpin.

Ciri-ciri wira yang diperlukan ialah seorang yang bersuara lantang, berani mati dan juga sangat berkuasa. Inilah yang dilihat oleh masyarakat cina kepada Lim Guan Eng sekarang ini. Tidak hairanlah masyarakat cina menaruh harapan yang tinggi kepada DAP kerana wira mereka berada di dalam parti itu.

Seharusnya MCA telah lama mempraktikkan cara ini. Sebenarnya Lim Guan Eng bukanlah wira DAP atau wira masyarakat cina kerana Lim Guan Eng juga mempunyai banyak kelemahan yang ketara dalam banyak bidang. Sayangnya MCA gagal memanipulasi isu tersebut dengan baik. Apabila isu gagal dimanipulasi dengan baik, maka kita telah gagal sebelum berjuang.

Di waktu ini, MCA sepatutnya sudah boleh melahirkan pemimpin-pemimpin muda kerana dikalangan mereka inilah akan terlahirnya wira dalam bidang politik. Pemimpin muda di dalam MCA dilihat tidak cukup bilangannya. Mereka ini wajar diberikan lebih banyak peluang seperti mana DAP memberikan  peluang kepada muka-muka muda. Tidak cukup untuk MCA sekadar memberikan beberapa nama muda untuk dijulang.

Perlu diingatkan kepada MCA, sekiranya MCA masih gagal untuk menarik sokongan masyarakat cina pada PRU nanti, maka nasib MCA akan berada di awang-awangan selamanya.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP