SEJAUH MANA KETELUSAN DAP?

>> 30 September 2011

Baru-baru ini, Lim Guan Eng tanpa menyinggung perasaan rakyat Johor dengan memburuk-burukkan negeri Johor diperingkat antarabangsa.


Video di atas menunjukkan penafian Lim Guan Eng yang mana dia menyatakan dia tidak menghina negeri Johor.

Laporan dari sebuah firma antarabangsa menyatakan sebaliknya. Dalam ucapannya, Lim Guan Eng terang-terangan menghina Johor dengan mengeluarkan kenyataan "jika di Johor, anda akan berisiko diculik pada bila-bila masa" untuk menarik pelabur asing ke Pulau Pinang.

Kenyataannya itu jelas menghina dan mengguris hati rakyat Johor. Sultan Johor sendiri melahirkan rasa kesal ke atas kenyataan Lim Guan Eng itu.

Yang menjadi persoalannya sekarang ini, apakah DAP tidak mengambil tindakan tatatertib ke atas Lim Guan Eng?

Jika begitu, DAP mengamalkan sikap "double standard" di dalam parti. Lim Guan Eng tidak sepatutnya terlepas dari tindakan tatatertib.

Ini amat berbeza dengan Manoharan yang mengeluarkan kenyataan untuk menukar bendera Malaysia pada beberapa minggu lepas. Manoharan dikenakan tindakan gantung selama 6 bulan oleh majlis tatatertib DAP. Tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas Manoharan mengambil masa tidak sampai satu minggu selepas dia mengeluarkan kenyataan itu.

Bezanya disini, Lim Guan Eng telah pun mengeluarkan kenyataan ini lebih daripada masa seminggu. Tiada tindakan tatatertib dikenakan. Apakah kerana Lim Guan Eng seorang ketua menteri dia dilepaskan dari tindakan undang-undang? Jika begitu, DAP sememangnya mengamalkan sikap "double standard" dalam parti. Yang terpentingnya, Lim Guan Eng sendiri yang mengatakan konon-kononnya parti itu adalah sangat telus hanyalah bercerita kosong.

Sememangnya terbukti ketelusan DAP tidak merangkumi keseluruhan parti sebaliknya hanya merangkumi sebahagian parti.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP