PKR SUDAH MULA BERDEHEM. SERBAN ULAMA PAS AKAN TERCABUT LAGI?

>> 05 November 2011

Petikan sebuah blog PKR,


Sebuah blog penjilat tegar Anwar Ibrahim sudah mula memalu gendang menyokong program Seksualiti Neraka anjuran Ambiga. Tidak cukup dengan sifat berlumba-lumba menuju neraka, blog ini menggesa pula rakan seperjuangan mereka iaitu PAS untuk turut sama menyertai mereka.

Sebaliknya, di waktu ini ada di kalangan pemimpin PAS seperti Dr Hasan Ali yang sudah mengeluarkan kenyataan akan menentang perkara ini. Ini dapat disaksikan sendiri semasa temuramah RTM malam tadi bersama Zulkifli Nordin.

Yang menjadi tanda tanya terbesar sekarang ini, apakah PAS akan tunduk lagi? Berdasarkan kepada sejarah PAS dalam Pakatan Rakyat, suara mereka akan sentiasa ditidakkan oleh PKR dan DAP. Dalam pada itu seperti banyak kes seperti penjualan arak di Shah Alam dan hukum hudud, apabila sekali Karpal berdehem maka akan tertanggallah telur para pemimpin PAS yang konon-kononnya sangat Islam. 

Pelu diingatkan, sudah banyak kali PAS sanggup mengetepikan hukum agama atas nama setiakawan kepada PKR dan DAP. Setiakawan @ penjilat ini sudah menampakkan kesan apabila terlalu ramai ahli PAS yang mula berpatah arang. Seharusnya PAS sedar bahawa sikap menjilat mereka akan menyebabkan agama Islam dipermain-mainkan oleh kafir harbi. Oleh itu sememangnya benar, satu undi kepada PAS bersamaan dengan satu langkah untuk menghancurkan Islam.


Kita yang dibelah sini hanya perlu melihat adakah permainan politik sesama mereka ini menguntungkan mereka atau pun menghancurkan mereka sendiri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP