PENDEDAHAN: PARTI APA YANG MEMPOLITIKKAN SEKOLAH?

>> 14 November 2011

Sudah dinyatakan banyak kali, sekolah dan pendidikan bukannya satu perkara yang harus dipolitikkan. Dalam keadaan ini, dapar dilihat agak banyak parti-parti politik yang cuba menjadikan sekolah dan pendidikan sebagai satu landasan untuk mengembangkan ideologi parti. Yang dikasihankan ialah anak-anak kecil yang menjadi mangsa.

Di waktu ini, PAP dari Singapura dilihat menjadikan perkara ini sebagai perkara asas kepada parti mereka untuk melahirkan generasi baru dalam parti. Kemudiannya model PAP ini diciplak oleh beberapa parti politik Malaysia dalam usaha untuk melahirkan generasi yang pasti mengundi mereka di masa hadapan.


Parti yang dilihat sedang giat menjadikan sekolah sebagai medan untuk menyebar idea politik ialah PAS dan DAP. Pada waktu ini, dapat dilihat DAP dengan terang-terangan mempolitikkan sekolah rasis atau sekolah vernakular untuk melahirkan lebih ramai golongan rasis yang akan menjamin kesejahteraaan parti mereka di masa hadapan.

Berbeza dengan MCA pada suatu masa dahulu, DAP dilihat mengeluarkan lebih banyak permintaan kepada kerajaan yang berbaur parti dan agak tidak realistik. Untuk bacaan lanjut, sila klik sini.

Manakala PAS pula meniru idea PAP di Singapura dengan menjadikan pra sekolah untuk menyebarkan idea politik mereka.




Amat dikesalkan kerana perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Tidak seharusnya kita mempolitikkan masa depan anak-anak kita dengan menghantar mereka ke tempat untuk menyebarkan idea politik. Sepatutnya ibu bapa perlu lebih sedar dengan mainan para ahli politik ini yang cuba untuk mempolitikkan apa sahaja demi meraih sokongan dan kuasa. Kerajaan juga seharusnya mengkaji perkara ini supaya nasi tidak menjadi bubur.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP