AMK PERSOAL BERAPA BANYAK PM BAYAR BLOGGER. WAKAKAKA... BLOGGER SILA BACA!

>> 21 November 2011


Hari ini AMK atau lebih dikenali sebagai anjing-anjing peliharaan Anwar mempersoalkan berapakah jumlah yang dibayar PM kepada pejuang maya Barisan Nasional. AMK lembu juga mempersoalkan dari manakah datangnya wang yang diperuntukkan untuk para pejuang maya.

Sila baca petikan dari akhbar Keldaian Daily,


KUALA LUMPUR 21 Nov: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mempersoal sumber kewangan yang diguna Umno-Barisan Nasional untuk membayar pejuang upahan siber (cyber Trooper) bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya umum akan datang. 
Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, terdapat kebimbangan sumber kewangan itu diperoleh hasil wang pembayar cukai
“Kita menuntut Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan mengenainya. Datuk Najib jangan bersembunyi di sebalik Cyber Trooper. Beliau perlu menjawab skandal NFC (National Feedlot Corporation) dan bukan mengupah Cyber Trooper untuk mengalihkan isu,” katanya. 
Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang menyuarakan sokongan terbuka terhadap Cyber Trooper Umno BN untuk berdepan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. 
Najib dalam kenyataannya berkata, beliau mengiktiraf pejuang siber sebagai ‘pengamal media sosial’ dan menganggap mereka sebagai askar baru kepada gabungan parti itu. 
Presiden Umno itu turut mengingatkan bahawa Umno-BN bakal tumbang dalam pilihan raya jika gagal memanipulasi media baru. 
Justeru itu AMK menyeru rakyat agar menolak fitnah yang dilemparkan Cyber Trooper yang ditaja Umno-BN dengan mendapatkan maklumat dari media alternatif dan Pakatan Rakyat. 
“Maklumat ini boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang Keadilandaily, Harakahdaily dan Roket selain menghadiri penerangan dan ceramah Pakatan Rakyat,” kata Azmizam. 
Walaupun tiada angka rasmi menyatakan jumlah sebenar yang dibayar kepada Cyber Trooper itu, namun difahamkan ia mencecah ribuan ringgit bagi seorang blogger upahan. 
Antara taktik Cyber Trooper Umno ialah memanipulasi gambar dan video lucah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, dan pada masa sama ‘kebal’ dari tindakan undang-undang.


Sila lihat kembali kenyataan bewarna merah.  Jumlah yang dibayar kepada pejuang maya mencecah ribuan ringgit! AMK bangang ini mungkin mendapat maklumat yang dicekup sesuka hati. Pejuang maya Barisan Nasional yang mendapat bayaran tidak sampai 10% jumlahnya dari jumlah keseluruhan pejuang maya. Jika hendak dikatakan ada yang dibayar, itu sememangnya benar. Tetapi jika hendak kata semua, itu salah sama sekali.

Sebelum ini blog ini dikongsi bersama para pejuang maya MCA dan selama 3 tahun berkhidmat, kami tidak pernah menerima satu sen pun bayaran dari mana-mana pihak. Hari ini blog ini bergerak secara solo dan masih belum menerima apa-apa bayaran. Jika tidak masakan blogger Barisan Nasional perlu mengemis untuk meminta bantuan daripada parti sendiri.

Jangan dibandingkan kami dengan para pejuang Pakatan Haram yang menerima jumlah jutaan ringgit dari beberapa pihak. Sila tanya kepada Pojie pondan dan RPK berapa yang dia perolehi dari Anwar Ibrahim. Sila tanya Milo Gampang, Din Merican dan lain-lain. Jika mereka mengatakan tidak mendapat bayaran, itu namanya penipu besar!

Oleh itu, jangan sekali-kali samakan kami dengan pejuang maya Pakatan. Kami tidak menerima apa-apa bayaran kerana bayaran utama yang kami minta ialah Barisan Nasional memenangi PRU nanti dengan majoriti besar. Kami juga bukan pejuang yang membabi buta mempertahankan orang yang salah seperti Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Haram. Kerana itu sekiranya kami menyebarkan fitnah, kami sedia disaman oleh mana-mana pihak.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP