MANIFESTO KERAJAAN SELANGOR: BERAPA BANYAK SUDAH TERLAKSANA?

>> 15 November 2011

Sudah hampir 4 tahun kerajaan pembangkang menerajui Selangor. Dalam pada itu, semestinya kita tertanya-tanya berapa banyakkah manifesto kerajaan negeri tunaikan selama tempoh itu. Setakat ini, rejim Khalid Gagap menyatakan kejayaan Pakatan dalam melaksanakan air percuma di Selangor.


ADUN Batang Kali menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan sebenarnya perlaksanaan air percuma tidak   secara menyeluruh. 1.4 juta isi rumah di Selangor masih gagal menikmati air percuma di Selangor!

Ini hanyalah satu kes penipuan kerajaan Selangor. Tidak termasuk penipuan lain yang mereka nyatakan semasa sidang akhbar. Yang terbaharu ialah gaji pengurus besar PKNS yang bernilai jutaan ringgit dalam setahun. Mengapa sejak rejim Khalid Gagap mengambil alih Selangor terlalu banyak kontroversi berlaku?



Secara terang-terangan bahawa rejim Khalid Gagap sebenarnya gagal untuk melaksanakan walau satu dari seluruh manifesto yang dijanjikan semasa PRU 12 yang lalu. Sebaliknya kebanyakan manifesto kerajaan Negeri Selangor dijayakan oleh kerajaan pusat seperti pendidikan percuma.

Mana pergi janji untuk menurunkan harga minyak? Mana pergi elaun ibu tunggal? Mana pergi 10 hari cuti bersalin? Mana pergi semua janji-janji ini? 

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP