KETUA MENTERI MANA YANG SUKA PUBLISITI MURAHAN?

>> 01 November 2011

Pertama sekali, sila lihat video di bawah.


Video ini menunjukkan Lim Guan Eng lidah biawak sedang bersungguh-sungguh bekerja (konon-kononnya). Pernahkah anda terfikir siapakah yang memuat naik video-video memuji lidah biawak ini sebenarnya? Inilah satu pendedahan yang agak pelik sebenarnya. Video-video murahan sebegini sebenarnya dimuat naik sendiri oleh Lim Guan Eng! Lihat bukti di dalam kotak merah.


Ini sudah jadi kes masuk bakul angkat sendiri. Rupa-rupanya selama ini Lim Guan Eng memuji diri sendiri sahaja. Memang dasar tak tahu malu!

Tambahan lagi bukan hanya satu dua video yang dimuat naik tetapi sudah hampir 400 video murahan memuji diri sendiri seperti ini telah dimuat naik. Sila lihat bukti di bawah.


Ini sudah menjadi perkara tersangat pelik. Selama ini pernahkah kita mendengar pemimpin BN melakukan sendiri kerja murahan sebegini dalam usaha mempromosikan diri sendiri? Selalunya video sebegini hanya akan dimuat naik oleh orang lain sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin tetapi Lim Guan Eng telah menunjukkan bahawa mungkin dirinya tidak dihargai kerana itulah dia sendiri terpaksa memuat naik video promosi diri sendiri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP