ISU PPSMI TIDAK HARUS DIPOLITIKKAN. TONY PUA TAK PERLU JADI MONYET!

>> 10 November 2011

“The important principle that the Ministry of Education (MoE) must adopt is that advanced students should not be held back because of students who lagged behind academically,” DAP publicity chief Tony Pua said today in a statement.
“Secondly, and more importantly, every effort should be made to ensure that our schools are able to produce the best human capital for Malaysia as we seek to be part of the knowledge economy, to become a high-income nation,” the Petaling Jaya Utara MP said. -yahoo news
Melihat kepada perkara di atas, dilihat adalah tidak wajar sama sekali apabila ahli politik menjadikan isu pendidikan sebagai isu politik. Dalam laporan dari Yahoo News, amat dikesalkan dengan sikap segelintir barua-barua murahan politik yang cuba mengambil apa sahaja isu untuk dijadikan modal politik kepartian mereka.

Pernyataan ini merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua yang menyokong PPSMI tetapi dengan cara menggerakkannya melalui parti politik. Isu pendidikan bukanlah sesuatu isu yang boleh dipolitikkan. Ini kerana pendidikan memerlukan buah fikiran para cendiakawan dan bijak pandai, bukannya golongan pandir-pandir seperti Tony Pua.

Jika Tony Pua merasakan dirinya amat hebat mengenai PPSMI, mengapa tidak diadakan sahaja  forum terbuka dan mengajak para cendiakawan untuk berdebat dengannya? Adakah dengan terpekik-pekik di tepi jalan sudah cukup untuk menunjukkan dirinya amat hebat dalam pendidikan?

Dalam PR sendiri dapat dilihat perpecahan untuk mencapai kata sepakat dalam PPSMI. PAS condong ke arah anti PPSMI manakala tidak semua pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan menyokong PPSMI. Oleh itu, tidak perlu berlagak seolah-olah sangat hebat untuk berdemo macam monyet.

Di waktu ini, cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah menyalurkan buah fikiran yang bernas ke saluran yang betul. Keputusannya, biar kerajaan yang tentukan. Adakah dengan menjerit-jerit seperti monyet masalah ini akan selesai? Paling mendukacitakan sehingga ada NGO yang sanggup mengugut kerajaan dalam isu ini. Apabila diminta mengutarakan buah fikiran, semuanya diam membisu. Jika hendak berjuang, ikutlah jalan yang betul. Bukannya jalan pengecut seperti Tony Pua!

ps: kalau nak berjuang, ikut stail Din Turtle. Respek sama lu bro.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP