SENATOR: PEMILIHAN BERDASARKAN KRITERIA APA?

>> 02 November 2011

Nallakarupan dilantik menjadi Senator semalam. Isu ini agak kontorversi kerana Nallakarupan yang juga bekas rakan baik Anwar ialah seorang yang mempunyai masalah moral seperti Anwar sendiri. Agak menghairankan secara tiba-tiba seorang yang lari dari medan perang boleh diangkat menjadi wira.

Disini ingin ditekankan. Sebenarnya pemimpin dilantik berdasarkan kriteria apa? Nallakarupan sememangnya diketahui sebagai "Bapa Ayam" Anwar Ibrahim. Masalh moralnya sendiri boleh dipertikaikan. Mengapa Bn terlalu gemar memberikan satu peluru hidup kepada pembangkang?

Sedangkan telah diketahui, masih ramai lagi wakil dari BN dan Bebas lain yang layak memegang jawatan tersebut. Untuk kes Nallakarupan, apakah faktor istimewa yang menyebabkannya dipilih dengan begitu cepat? Adakah kerana dia mempuyai rahsia Anwar? Jika begitu Dr. Chandra Muzaffar lebih layak. Adakah kerana dia mempunyai video sulit atau dokumen rahsia Anwar. Jika begitu terlalu ramai wakil blogger yang layak untuk menjadi senator.

Jangan dilupa mengenai permasalahan moral Nallakarupan. Sila dengar secara jelas. Apakah bukti seperti ini masih tidak jelas lagi? Mengapa perlu kita memberikan satu lagi bola tanggung kepada pembangkang?




0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP