ISU PPSMI: DAP DAN PKR BERBALAH! PADAN MUKA!

>> 25 November 2011

Walaupun tidak pernah mengumumkan secara rasmi, namun DAP dilihat lebih condong menyokong gerakan PPSMI. Walaupun terdapat ahli dikalangan mereka yang tidak bersetuju dengan perkara ini, namun sikap beruk sebahagian ahli parti itu sudah jelas seolah-olah PPSMI ialah pendirian rasmi mereka.


Dapat dilihat betapa lantangnya beberapa barisan kepimpinan DAP seperti Tony Pua mempolitikkan isu ini menandakan sokongannya terhadap isu PPSMI. Apa yang perlu diperjelaskan disini, isu PPSMI bukanlah satu isu yang sewenang-wenangnya boleh dipolitikkan demi meraih sokongan terhadap parti. Ini kerana perkara ini perlu dikaji oleh para ilmuwan, bukannya haprak seperti Tony Pua yang menyokong kerana mahu meraih populariti.

Tetapi berlainan pula dengan PKR. Secara jelas Nik Nazmi menyatakan bahawa PKR sesekali tidak menyokong PPSMI. Nik Nazmi juga menyatakan secara jelas bahawa tiada kata sepakat dalam PR mengenai isu PPSMI dan pendirian DAP dalam isu ini tidak mewakili suara PR. Tambahan lagi secara jelas Nik Nazmi menyatakan PPSMI tidak termasuk dalam polisi PR!


Ini secara jelas menunjukkan keretakan yang hebat di antara PKR dan DAP. Satu parti mengatakan mereka menyokong PPSMI dan mengakui ianya hasil kata sepakat PR manakala satu parti lagi tidak menyokong PPSMI dan turut mengakui ianya mewakili suara semua parti di dalam PR. Mana satu yang betul ni?!

Sila lihat wahai pembaca sekalian. Sudah dinyatakan banyak kali bahawa isu PPSMI tidak harus dipolitikkan dan inilah jadinya kalau ada pihak yang masih berdegil mahu mengambil kredit dan mencari populariti dalam isu ini. DIharap pihak BN tidak sesekali mengikut jejak sumbang pembangkang yang mahu mempolitikkan isu ini. Kepada PR pula, padan muka korang dah bergaduh sebab isu ni.

1 comments:

andi,  November 25, 2011 at 8:48 AM  

dan inilah adalah parti yang kononnya dapat mentadbir negara dengan lebih cemerlang....sorang ke hilir sorang ke hulu

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP