KHALID GAGAP UMUM SELANGOR TIDAK AKAN ADAKAN PILIHANRAYA SEHINGGA JUN 2012

>> 17 November 2011


Sebentar tadi berlangsung sidang DUN Selangor. Khalid Gagap mengumumkan bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihanraya sehingga Jun 2012. Kenyataan ini turut disahkan oleh wakil dari DAP iaitu Teng Chang Khim melalui tweeternya di MalaysiaKini.


Ini secara tidak langsung menunjukkan Khalid Gagap enggan membubarkan DUN Negeri Selangor sekiranya PRU akan diadakan pada masa terdekat. Dapat dilihat strategi Khalid Gagap ini adalah untuk memastikan Pakatan akan dapat terus memerintah Selangor melalui cara kotor.

Sudah pastinya cara ini akan memberikan masa kepada rejim Khalid Gagap masa untuk berkempen habis-habisan kerana di waktu ini mereka sedar bahawa populariti Pakatan Rakyat amat rendah sekali. Ini juga memberi tamparan kepada negeri-negeri naungan Pakatan Rakyat bahawa mereka akan boleh kehilangan negeri-negeri tersebut sekiranya PRU diadakan pada masa terdekat.

Persoalannya di sini, apakah Khalid Gagap akan terus berkeras sekiranya didesak oleh kerajaan pusat untuk mengadakan PRU di masa terdekat atau pun Khalid Gagap akan akur? 

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP