FUZIAH REAKTOR BIKIN KECOH. MAHU POTONG GAJI MENTERI SAINS

>> 16 November 2011


Fuziah Reaktor membuat kecoh di Sidang Dewan Rakyat semalam apabila menyatakan cadangan untuk memotong gaji Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Cadangan Fuziah Reaktor telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Isu untuk memotong gaji Menteri Sains ini tidaklah lain iaitu isu Lynas yang tidak laku. Fuziah mempertikaikan Kementerian Sains gagal menjawab soalan yang diajukan olehnya Dengan itu usul memotong gaji dicadangkan atas kegagalan tersebut. Fuziah Reaktor ini terlebih cerdik agaknya. Kalau gagal menjawab soalan penyelesaiannya potong gaji. Kalau begitu semasa sidang DUN negeri sudah ramai pemimpin pembangkang akan dipotong gajinya kerana mereka juga turut gagal menjawab banyak soalan yang diajukan.

Selepas "kejayaan" video klip murahannya, Fuziah Reaktor dilihat makin melampau dalam mempromosikan isu Lynas. Sudah berapa kali dinyatakan, sekiranya ada segala percanggahan, Fuziah Reaktor harus berdebat dengan Dr Che Rosli wakil rakyat PAS kerana Dr Che Rosli ialah pakar nuklear yang mengesahkan Lynas selamat dan segala hujah yang dikeluarkan pembangkang adalah penipuan untuk meraih populariti semata-mata.

Di waktu ini kita tertanya-tanya, masih relevankah isu Lynas dijaja untuk dijadikan modal kempen politik?

2 comments:

Dot November 16, 2011 at 5:01 PM  

benci melihat videonya yg menjahanamkan makanan yg Allah beri utknya semata2 nak buktikan perkara PALSU yg dia reka2...

Tauke Ikan November 17, 2011 at 1:17 AM  

tu la namanya orang terdesak untuk menang bohmau. silap-silap jual anak sendiri pun dia sanggup untuk menang PRU

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP