ANTARA DUA DARJAT

>> 02 November 2011

Lihat dua reaksi yang dikeluarkan DAP terhadap dua peristiwa yang hampir sama.


1. Kumpulan Mat Rempit menggegar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang


2. Rusuhan BERSIH di Kuala Lumpur


Ini dua peristiwa yang hampir sama cuma bezanya yang pertama rejim DAP digegar dan yang kedua pula kerajaan pusat digegar. Persoalannya, adilkah layanan untuk dua perkara yang sama? Mengapa sewaktu BERSIH dahulu DAP bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan para pendemo tetapi diwaktu mereka dikecam oleh sekumpulan Mat Rempit, mereka mengecam pendemo pula?

Jangan lupa wahai rejim DAP Pulau Pinang bahawa satu masa dahulu andalah penggalak kepada demonstrasi haram atas nama "hak asasi manusia" tetapi mengapa kini anda menidakkan "hak asasi manusia" Mat Rempit tersebut? Adilkah bentuk pemerintahan "double standard" sebegini?

Paling menghairankan apabila UMNO pula disyaki mendalangi demo tersebut. Jika DAP yang buat, semuanya boleh tetapi rakyat awam buat semuanya rasis dan melanggar undang-undang. Sendiri salah sendiri tanggung la...

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP