BLOGGER PR KATA MALAYSIAKINI LIABILITI KEPADA PR

>> 09 November 2011



PORTAL berita Malaysiakini amat berkait rapat dengan Pakatan Rakyat kerana ia membawa aspirasi yang sama iaitu memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Walaupun Malaysiakini cuba membayangkan yang ia adalah portal berita yang bersifat neutral dan tidak berat sebelah, namun jelas dilihat dari segi artikel serta komen-komen pembacanya bahawa ia begitu cenderung membawa idea-idea Pakatan Rakyat, terutamanya DAP.
Namun, akhir-akhir ini, portal yang merupakan antara yang paling popular itu, kini dilihat mengalami kemerosotan pembaca yang amat ketara.
Memandangkan portal ini dianggap sebagai suara tidak rasmi Pakatan Rakyat, kemerosotan yang ketara ini membayangkan seolah-olah sokongan kepada Pakatan Rakyat juga merosot secara mendadak.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa bahan yang dipaparkan di Malaysiakini tidak lagi diambil serius oleh para pemerhati politik. Malah pemimpin UMNO/BN yang sering menjadi sasaran serangan portal tersebut juga tidak lagi mengendahkan mereka. Pejabat Perdana Menteri juga tidak lagi membuang masa memperbetulkan kesalahan-kesalahan fakta sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan, dalam artikel atau berita yang disiarkan oleh portal tersebut.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa Malaysiakini telah hilang terus taringnya dalam politik Malaysia.
Mahu tidak mahu Pakatan Rakyat terpaksa mengakui yang parti ini turut merasai tempias ‘kejatuhan’ Malaysiakini. Kerana itu, PR wajar menilai semula ‘hubungan’ antara parti dengan portal berita tersebut.
Kita semua sedia maklum bahawa rakyat sentiasa dahagakan berita yang benar-benar neutral iaitu yang tidak berat sebelah. Dan jelaslah bahawa Malaysiakini tidak mampu memenuhi kehendak rakyat ini.

PR sudah mula berbalah sesama mereka. Mungkinkah ini sekadar satu lagi retorik kepada permainan politik mereka? Harus waspada kerana PR dilihat amat licik dalam memainkan sesuatu isu untuk menyerang kerajaan. Haruslah kita berwaspada agar tidak terperangkap ke dalam penipuan politik PR. 

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP