NIK AZIZ MINTA RAKYAT BERDOA ELAKKAN BANJIR. USAHA MANA?

>> 23 November 2011

Kungfu kipas dari Tok Guru

Nik Aziz menyeru rakyat Kelantan berdoa kepada Allah supaya dijauhi dari banjir. Al-maklumlah, sekarang sudah masuk musim tengkujuh. Negeri pantai timur akan menghadapi banjir akibat hujan lebat. Amaran berjaga-jaga dan darurat akan diumumkan bila-bila masa sewaktu musim tengkujuh nanti.

Cuma apa yang mahu dikatakan, setakat doa tidak cukup. Selama 20 tahun kerajaan PAS memerintah Kelantan, apakah inisiatif yang diambil oleh kerajaan PAS Kelantan untuk menghadapi banjir dengan lebih baik dan berkesan?

Setakat ini usaha kerajaan Kelantan ke arah mengelakkan banjir hanya sedikit. Apa yang ditekankan disini ialah mencegah lebih baik dari mengubati. Persediaan menghadapi banjir ialah perkara asas kedua kerajaan PAS Kelantan sekiranya kerajaan PAS Kelantan memberikan usaha mengelakkan banjir dengan lebih baik.

Permasalahan banjir di Kelantan bukan masalah baru tetapi sudah berpuluh tahun. Berbeza dengan negeri-negeri yang turut menghadapi banjir seperti Kedah, Terengganu dan Perlis, kerajaan negeri Kelantan masih gagal memberikan satu usaha yang berkesan untuk mengatasi masalah banjir.

Kata-kata hikmah ialah "usaha, doa, tawakkal" tetapi kata-kata Nik Aziz pula ialah "doa sahaja". Ini bukan isu yang mahu dipolitikkan tetapi isu ini dibawa supaya kerajaan Kelantan lebih membuka mata terhadap permasalahan negeri, bukan hanya tahu rembat balak berjuta-juta tapi duit hilang entah kemana.


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP