AKHIRNYA WAN AZIZAH CUBA MENJADI PENYELAMAT 3 LEMBU PKR

>> 21 November 2011


Akhirnya penyelamat untuk 3 lembu PKR kunjung tiba tetapi kali ini bukannya Anwar Ibrahim sebaliknya Wan Azizah. Wan Azizah?! Mana Azmin dan Anwar pergi?

Petikan berita pembangkang,

KUALA LUMPUR: Skandal penyelewengan projek ternakan lembu melalui National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, adalah tragedi buat negara. 
“Penyelewengan itu menjadi tragedi dan tambah jadi tragedi apabila kita pula dipersalah dan mereka mendakwa tidak bersalah,” kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. 
Beliau kesal kerana Pengerusi Eksekutif Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menyalahkan pembangkang dalam skandal berkenaan. 
Kata Wan Azizah, Salleh sebagai individu bertanggungjawab harus memberi penjelasan jitu kepada rakyat tanpa memalitkan ‘dosanya’ kepada orang lain. 
“Kalau ada fakta mengatakan kita menyeleweng, saya nak tanya siapa sebenarnya menyeleweng, orang yang terima duit atau kita (pembangkang),” katanya. 
Bercakap pada majlis penyerahan wang zakat daripada Yayasan Aman kepada 80 penerima di Pejabat Khidmat Rakyat Lembah Pantai, beliau berkata, pembohongan sudah sebati dengan Umno dan kroninya. 
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengesahkan pinjaman kepada NFC tidak dibawa dalam Kabinet sebaliknya cuma dibincang Jawatankuasa Projek-projek Berimpak Tinggi. 
“Itu membawa banyak persoalan bagaimana pengagihan RM250 juta wang awam dilakukan,” kata Wan Azizah.

Penjelasan mengenai isu NFC telah pun dikeluarkan dan dinyatakan beberapa hari lepas. Mungkin Azizah terlepas baca berita mengenai isu penuh dalam hal ini. Agak musykil juga kerana di dalam penjelasan ini, Wan Azizah sebenarnya tidak langsung mengeluarkan kenyataan berani untuk menyerang mana-mana pihak seperti kebiasaannya. Apa yang pasti, 3 lembu dalam PKR yang konon-kononnya cuba menjadi hero akan dibogelkan satu-persatu di mahkamah nanti apabila saman dikeluarkan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP