BERAPA KALI MAHU CAKAP, CHEGU BARD MEMANG KAKI KELENTONG!

>> 11 November 2011

Cikgu Bard menghebahkan bahawa PRU akan diadakan 11.11.11. Dari mana dia dapat maklumat? Ikut sedap mulut dia je nak bercakap. Paling saya tak boleh terima, bukan main ramai pemimpin PR yang percaya kelentong tersebut. Siap dengarnya dah ada negeri yang sedia keluar peruntukan. Wakakaka...

Cuba baca pula yang ini,
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Spekulasi kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dipanggil pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini ternyata tidak menjadi kenyataan.

Najib berkata, tahun 2011 akan berlangsung tanpa Parlimen dibubarkan, dan mesyuarat hari ini langsung tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya tersebut.

Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu berkata, ia cuma membincangkan usaha yang boleh dibuat untuk memperkuatkan BN supaya parti lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita juga bincang pentingnya kita kembali kepada semangat dan prinsip BN iaitu hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Menurutnya, perbincangan melibatkan ketua parti-parti komponen BN itu juga tertumpu kepada hal kepentingan bersama. – Bernama

Chegu Bard nama sahaja cikgu tapi bengapnya banyak juga. Sekarang budak-budak tengah SPM. Macam mana nak jalankan PRU kalau sekolah tak boleh digunakan? Fikir logik la sikit. Memang dasar penjilat Anwar Ibrahim. 10 yang dia cakap, 12 tak boleh pakai.

ps: artikel ini terpaksa menggunakan bahasa pasar sebab saya baru balik jual ikan

1 comments:

Anonymous,  November 14, 2011 at 2:05 PM  

betul..sangat sokong..=)

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP