PR MENJILAT LUDAH SENDIRI LAGI. USTAZ KAMAL SAIDIN BOGELKAN PR LAGI

>> 22 November 2011


Hari ini secara rasminya Khalid Gagap mengumumkan kesediaan rejim PR Selangor untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk membangunkan negeri. Ini amat bertentangan dengan kenyataan para pemimpin PR yang lain di mana negeri-negeri di bawah naungan PR tidak perlu meminta bantuan pusat.

Sebelum ini segala bentuk bantuan yang kerajaan pusat berikan kepada PR disambut dingin. Malah jika dilihat di Pulau Pinang setelah kemasukan pelabur asing yang dibawa kerajaan pusat pada 2010, Lim Guan Eng dengan muka tidak tahu malu mengatakan usaha tersebut ialah usaha kerajaan negeri sedangkan ianya ialah usaha Kementerian Perusahaan.

Sikap sebegini sememangnya terkenal dikalangan para pemimpin PR. Mula-mula mereka menolak pembangunan. Kemudian apabila pembangunan dibawa masuk, mereka akan terhegeh-hegeh mencari kredit supaya rakyat tertipu dengan taktik kotor ini. Hari ini mereka terhegeh-hegeh untuk meminta bantuan kerajaan pusat untuk membawa pembangunan ke dalam negeri naungan mereka. Perlukah kerajaan pusat melayan kerenah mereka ini? Jangan dilayan permintaan sebegini kerana sememangnya diketahui semestinya ada udang disebalik batu.




0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP