SEBELUM POTONG GAJI PM, POTONG DULU GAJI KHALID GAGAP DAN LIDAH BIAWAK!

>> 02 November 2011


Din Puduraya mengeluarkan kenyataan bahawa berpatutan untuk memotong gaji PM kerana permasalahan TalentCorp. Usul ini sebenarnya dicadangkan oleh Tian Chua kaki kelentong dalam usaha memburukkan reputasi PM.

Bercakap mengenai TalentCorp, mungkin ada yang kurang pasti apakah bendanya itu.TalentCorp ialah sebuah badan perunding yang ditugaskan untuk membawa balik para tenaga kerja Malaysia di luar negara. Kerajaan telah megeluarkan peruntukan untuk diberikan kepada TalentCorp.

Jumlah ini diluluskan oleh Dewan Rakyat pada tahun 2009. Setakat ini, jumlah tenaga kerja yang dibawa balik oleh TalentCorp hanyalah sebanyak 450 orang dalam setahun. Isu ini dimainkan oleh Tian Chuan kaki kelentong dengan menyatakan bahawa kegagalan TalentCorp seharusnya dipertanggungjawabkan ke atas PM kerana cadangan ini diusulkan oleh PM sendiri.

Jika kerana kegagalan seperti ini perlu dipertanggungjawabkan kepada PM sehingga perlu memotong gaji, bagaimana pula dengan MB Selangor si Khalid Gagap dan Ketua Menteri Pulau Pinang si Lidah Biawak. Jangan dilupa bahawa berapa banyak wang penjualan pasir yang konon-kononnya akan digunakan sebagai suntikan dana negeri tetapi akhirnya hilang entah ke mana. Sehinggakan di waktu itu para pemimpin PKR terpaksa mengadakan ceramah seluruh Malaysia untuk meyakinkan rakyat tentang penipuan mereka tetapi sehingga ke hari ini, wang pasir masih lagi menjadi tanda tanya.

Apakah mengenai rentetan peristiwa ini sidang dewan mencadangkan agar gaji Khalid Gagap dipotong? Satu lagi peristiwa tentunya kerugian yang dialami PKNS. Bukankah faktor ini sudah cukup kuat untuk memotong Khalid Gagap? Tetapi pemimpin BN tidaklah sependek akal pembangkang untuk memotong gaji orang lain sesuka hati.

Jika bercakap mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang pula, mungkin dalam tempoh tiga tahun ini si Lidah Biawak tidak layak langsung untuk menerima gajinya selama Ketua Menteri Pulau Pinang. Lihat sahaja kepada cara bagaimana kerajaan negeri yang membazir wang sebanyak jutaan ringgit untuk tempat letak kenderaan bersaiz kancil.

Ini belum lagi ditambah dengan pelbagai permasalahan peruntukan yang hilang entah ke mana seperti yang didedahkan oleh blogger Penang seperti Pisau.net, Dr Mim dan MPP. Jadi, sebelum memotong gaji PM, Din puduraya dan Tian Chua juga seharusnya mengkaji dan bertanya "layakkah gaji PM dipotong?". Tian Chua dan Din Puduraya sememangnya berat sebelah dalam mengeluarkan pertimbangan kerana lembu-lembu ini juga perlu bising untuk memotong gaji Lidah Biawak dan Khalid Gagap ke atas kegagalan mereka dalam mentadbir negeri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP