TONY PUA ENGGAN MEMINTA MAAF DAN TETAP MENERUSKAN PENIPUAN

>> 25 November 2011


Tony Pua terus mengatakan bahawa kandungan dalam susu KR1M untuk bayi tidak sihat untuk bayi. Tony Pua juga menegaskan kandungan vitamin A yang berlebihan didapati melanggar Akta Peraturan Makanan yang menetapkan tahap piawaian untuk susu tepung tersebut.

Apa yang amat musykil disini, setakat ini Tony Pua langsung tidak mengeluarkan dari manakah datangnya hasil kajian tersebut dan makmal mana yang digunapakai untuk melakukan eksperimen tersebut. Telah dijelaskan di dalam akhbar the star bahawa kandungan dalam susu tepung tersebut adalah selamat. Kenyataan ini diumumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.

Seperti yang diketahui umum, Tony Pua sememangnya gemar menipu dan akan terus menipu untuk meraih sokongan. Walaupun telah pun dibongkar segala penipuannya, Tony Pua enggan meminta maaf dan tetap dengan penipuan murahan ini. Apa yang dikesalkan, strategi politik Tony Pua yang gemar mengelirukan rakyat ini akan memberikan implikasi buruk kepada minda rakyat dalam pertimbangan kepada kehidupan seharian.

Jadi. rakyat tidak perlu percaya cakap seorang penipu seperti Tony Pua yang gemar mengada-adakan cerita yang tidak benar. Lihat sahaja penipuan Tony Pua sebelum ini dalam isu Lynas dan isu penjawat awam. Kesemua kenyataan Tony Pua berbelit-belit dan amat mengelirukan. Hari ini cakap lain dan besok cakap lain. Boleh pakaikah cakap orang sebegini? Oleh itu orang seperti Tony Pua ini perlu disaman untuk mengajar Tony Pua lebih bersopan dalam mengeluarkan kenyataan.

.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP