ANWAR SUDAH GOYANG. SIASATAN TERHADAP VIDEO CHINA DOLL DIBUKA

>> 11 November 2011

Pihak polis sudah memanggil Anwar untuk memberi keterangan berhubung video seks yang dikaitkan dengan China Doll. Di waktu ini PKR menentang habis-habisan tindakan pihak polis yang mahu memulakan siasatan. Dakwaan pencacai-pencacai murahan Anwar mudah sahaja, "Semuanya Fitnah!".


N. Surendran mengatakan ini adalah satu lagi konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Ketua Polis Negara serta Timbalan Ketua Polis Negara dituduh bersubahat. Nampaknya N. Surendran menepah maut dengan mengeluarkan fitnah terhadap Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis.

Di waktu ini, pengkaji video tersebut dari luar negara telah mengesahkan bahawa 99.9 % pelaku video tersebut ialah Anwar. Tambahan pula sebagai umat Islam, Anwar masih tidak mampu untuk bersumpah laknat mengatakan itu bukan dirinya manakala Eskay telah pun melakukannya di dalam upacara yang cuba disabotaj beruk-beruk upahan Anwar seperti Sam Ketot.

Jika benar Anwar tidak melakukan video tersebut, mengapa perlu ditentang siasatan polis dalam kes ini? Bukankah jika benar Anwar tidak bersalah PKR akan mendapat satu lagi peluru hidup untuk menyerang Barisan Nasional? Jawapannya pastilah kerana orang di dalam video itu ialah Anwar!

Dapat dilihat juga di  dalam anggota Pakatan Rakyat mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Anwar sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan fatwa video itu besi. Apabila siasatan dimulakan secara menyeluruh, saksikanlah sendiri adakah pencacai Anwar Ibrahim sebenarnya yakin itu bukan Anwar atau pun mereka sedang berusaha menipu diri sendiri.

2 comments:

azlishukri November 11, 2011 at 10:49 PM  

salam blog tuan sudah dipaut

Anonymous,  November 14, 2011 at 1:21 PM  

Berani kerana benar..takut kerana salah..sudah terang lagi bersuluh org di dalam video itu adalah Anwar Ibrahim..tidak payahlah disangkal lagi wahai kroni2 Anwar..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP