BAHANG PRU: BUKAN SEKADAR DI PERINGKAT BAHAGIAN...

>> 14 November 2011

Pergi ke mana sekali pun, orang asyik bercakap mengenai tarikh PRU ke 13. Pergilah ke mana-mana dalam Malaysia ini pun, semua orang akan mempunyai pandangan sendiri untuk dikongsi. Sehinggakan di tandas awam pun ada yang masih meramal tarikh keramat untuk menentukan siapakah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara.

Di waktu ini, bukan sekadar BN tetapi PR turut sama mempunyai masalah yang ini iaitu fasa cantas-mencantas untuk menjadi calon. dapat disaksikan di peringkat cawangan dan bahagian dimana muka-muka ponteng mesyuarat dan program akan tiba-tiba muncul terpacul dalam apa sahaja program yang dianjurkan sejak akhir-akhir ini. Bukan setakat itu, secara tiba-tiba kaki-kaki tuang ini akan sangat rajin ke surau, melepak kedai-kedai kopi untuk menabur temberang dan mengipas orang-orang atasan.

Perkara seperti ini bukanlah baru. Perkara ini sudah berlaku sejak lahirnya sistem pilihanraya di dunia ini. Jika dilihat sendiri di Amerika, pemilihan presiden mereka lebih dahsyat dari PRU Malaysia. Sehinggakan perbelanjaan mereka sepanjang kempen politik sahaja mencecah billion ringgit mereka akan sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih satu undi kerana setiap kali pemilihan, keputusan pastinya sangat sengit dan amat jarang sama sekali calon-calon presiden mendapat kemenangan majoriti yang besar. 

Bukan setakat di alam nyata, malah di alam maya turut menerima tempias bahang PRU. Di waktu ini, para pemimpin akan cuba menggunakan khidmat-khidmat para blogger. Pertempuran di alam maya akan lebih rancak dan sebarang sahaja isu akan dimanipulasi demi meraih sokongan. Blogger pula akan bekerja bersungguh-sungguh. Tidur malam tak lena memikirkan artikel untuk dikongsi untuk meraih sokongan. 

Di waktu ini juga sudah ada yang mengambil kesempatan. Ada yang mula menjual buku-buku berbaur fahaman politik parti di kedai-kedai. Ada yang mula mengumpul dana untuk kempen. Malah ada pula yang menjual nama orang lain untuk mendapat keuntungan seperti masalah yang dialami golongan blogger tanpa tuan. Nasihat kepada orang sebegini mudah sahaja. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Nanti bila tertangkap, jawablah sendiri.

Suasana ini akan berterusan dan akan menjadi lebih hebat sehinggalah apabila tarikh PRU akan diumumkan. Di waktu pengumuman itu nanti, semua akan berdebar-debar menantikan apakah segala hasil usaha mereka akan membuahkan hasil. Tetapi sementara menunggu ke hari tersebut, sama-samalah kita menikmati suasana ini untuk mengisi kamus hidup kita.

1 comments:

Anonymous,  November 14, 2011 at 1:26 PM  

tidak sabar menanti PRU 13..Semoga BN beroleh kemenangan..=)

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP