TONY PUA BERDOLAK-DALIK. SIAPA TIPU SIAPA?

>> 08 November 2011

Kenyataan blog pembangkang,

SETIAUSAHA publisiti DAP Tony Pua menolak dakwaan yang membidas kenyataannya yang mencadangkan Pakatan Rakyat mengecilkan kakitangan perkhidmatan awam jika mereka berkuasa bagi mengurangkan kos perbelanjaan negara dan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga telah memperkenalkan langkah-langkah yang sama. 
Perdana Menteri sendiri mengumumkan dasar (ketika pembentangan bajet) bagi membolehkan kakitangan awam bersara awal secara sukarela dan sistem bagi memecat kakitangan awam yang telah melanggar protokol tatatertib, adalah ini bermaknan perdana menteri juga anti-Melayu?” soalnya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Kuala Lumpur malam tadi.

Tony Pua mula mempermainkan kata-katanya sendiri yang dilihat sebagai penipuan yang tidak berjaya. Bukti telah cukup untuk menunjukkan Tony Pua sendiri yang mengeluarkan kenyataan tersebut.


Jika begitu, mengapa Tony Pua tidak mahu menyaman laporan akhbar cina ini? Cuba lihat gambar dalam gambar di atas. Gambar siapakah yang sedang memberi ceramah?

Amat menghairankan apabila nama PM pula dikaitkan dengan isu ini sedangkan PM sedang bertungkus-lumus untuk memberi banyak ganjaran kepada kakitangan awam pada pembentangan belanjawan yang lalu. 

Hello Tony Pua! PM menaikkan umur persaraan kakitangan awam dari 58 ke 60 tahun dan pilihan diberikan jika kakitangan mahu bersara awal. Adakah fakta ini di maksudkan Tony Pua sebagai PM juga cuba mengurangkan kakitangan awam?

Akhirnya Tony Pua terperangkap dengan permainan yang diciptanya sendiri. Makin teserlah sikap rasis golongan pemimpin-pemimpin DAP.

1 comments:

Anonymous,  November 8, 2011 at 5:00 PM  

DAP suka memutarbelitkan statement pemimpin UMNO..kesian melihat mereka

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP