BN MAHU LETAK CALON RECYCLE?

>> 17 November 2011


KANGAR 17 Nov. - Barisan Nasional (BN) Perlis mungkin meletakkan calon “kitar semula” pada pilihan raya umum ke-13 jika calon berkenaan boleh membantu membawa kemenangan, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu hari ini. 
Menurutnya, apa yang lebih penting ialah setiap calon BN perlu diterima rakyat dan para pengundi serta calon itu berupaya membantu kemenangan BN walaupun ada yang melihat faktor umur sebagai penghalang calon tertentu. 
"Mungkin akan berlaku “re-cycle” atau kitar semula calon yang bermakna bekas wakil rakyat juga boleh dicalonkan semula jika berpotensi membawa kemenangan,” katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas kriteria calon BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. 
Beliau yang juga Menteri Besar Perlis mengambil contoh dirinya yang dicalonkan semula pada pilihan raya umum lalu setelah berehat selama satu penggal apabila tidak lagi menjadi wakil rakyat. - Bernama

Ini cadangan yang menarik untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang . Ini juga mungkin faktor pengubah utama yang membawa kekalahan besar BN pada PRU yang lalu apabila calon yang tidak disukai dicalonkan oleh parti.

Sehubungan itu cadangan ini perlu disambut baik malah mungkin perlu diamalkan oleh semua negeri demi memastikan kemenangan BN dalam usaha meraih kembali dua pertiga. Cuma diharapkan calon yang akan dikitar semula bukanlah dari kalangan calon yang sudah expired seperti calon Pakatan Haram seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang sudah berapa kali melalui fasa recycle.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP