MILO BANGKAI JANGAN BANDINGKAN KAPAL SECOND HAND DENGAN KAPAL BARU!

>> 15 November 2011

Milo Bangkai mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia memperuntukkan RM 6 billion untuk 6 buah kapal manakala Filipina membelanjakan RM 32.7 juta untuk sebuah kapal yang sama. 

Kapal yang sama?!

Untuk pengetahuan anda sekalian, kapal yang dimaksudkan sebenarnya jauh berbeza di antara kapal milik Filipina dengan Malaysia. Berikut ialah fakta yang akan diterangkan satu persatu.

1. Model

Kapal milik Filipina ialah kapal second hand yang dibeli dari US Coast Guard. Nama model kapal tersebut sebenarnya ialah Hamilton Class Cutter. Kapal ini dibina pada 1965 dan diberikan nama USCGC Hamilton. (KLIK). Malaysia pula membina kapal yang baru dan bukannya membeli kapal second hand dari mana-mana negara.

2. Kos

Kos pembinaan Hamilton Class Cutter pada tahun 1965 ialah $20 juta atau bersamaan RM 70 juta. Filipina membeli dengan harga hanya RM 32.7 juta kerana kapal tersebut ialah kapal second hand. Dan perlu diingat bahawa US mempunyai tenaga pakar yang murah dalam industri perkapalan jika hendak dibandingkan dengan Malaysia. Tambahan pula harga RM 70 juta itu ialah harga pada tahun 1965. Berapa pula nilai kapal ini jika hendak dibandingkan dengan masa kini? Malaysia pula membina kapal tersebut sendiri di pelabuhan Lumut yang akan diuruskan oleh BNS Sdn Bhd dan tidak membeli dari mana-mana negara luar.

3. Bentuk kapal

Bandingkan bentuk kedua-dua kapal ini. Ada berapa banyak perbezaan?

Hamilton Class Cutter

Kapal SGPV

4. Kapasiti kapal

Kapasiti kapal milik Filipina ialah kapal bersaiz kecil yang berkelajuan 52 km sejam dan jumlah krew sebanyak 173 orang manakala saiz kapal Malaysia ialah saiz medium yang boleh mengisi lebih banyak dari kapal milik Filipina.

Fakta-fakta ini sudah cukup untuk mengatakan Milo Bangkai sebagai penipu! Segala fakta yang ditulis oleh Milo Bangkai sebenarnya hanyalah fakta yang diolah dengan sesuka hati.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP