PENDIRIAN DAP TENTANG ISLAM (PENDIRIAN SAMPAH!)

>> 15 November 2011


DAP adalah sebuah parti politik yang sah dari segi undang-undang di Malaysia. DAP tidak menyanggah kerasmian agama Islam sebagai agama Persekutuan. 
Pimpinan dan ahli DAP yakin bahawa Islam bukanlah agama yang perkauman, bukan agama yang menindas, bukan agama yang menggalakkan rasuah dan salah guna kuasa. Pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng turut sedar bahawa Islam yang sebenar adalah agama yang toleran dan meletakkan harga diri manusia itu sesuai pada tempatnya. 
Kita harap UMNO sebagai parti yang mengakui mendukung roh Islam supaya menunjukkan teladan yang baik bukan sahaja kepada DAP, malah kepada semua rakyat. Berpolitiklah dengan sikap yang professional, waras, adil, bertanggungjawab, dan ini juga tuntutan Islam. 
Kaum dan penganut agama lain akan sukar memahami Islam jika teladan yang buruk ditunjukkan oleh para pemimpin Islam. Dengan contoh teladan yang baik sahaja mampu mengubah imej Islam yang sedang dinodai oleh segelintir elit politik UMNO. 
Teladan yang baik ini tidak memerlukan modal berjuta atau berbilion ringgit untuk menunjukkan kehebatan Islam dengan binaan masjid yang besar kepada pelancong. Teladan yang baik datangnya percuma dari hati yang suci, ikhlas, bertanggungjawab dan kasih sayang antara manusia. 
Islam begitu mendorong umatnya menghormati dan bekerjasama dengan kaum dan bangsa yang lain. Muslim dipertanggungjawabkan untuk memelihara kehormatan dan keselamatan saudaranya walau berlainan kepercayaan. 
Falsafah Melayu mengajar bangsa supaya berbudi dengan semua kaum dan agama. Orang berbudi kita berbahasa. – Roketkini.com

Kenyataan sampah ini dikeluarkan oleh DAP. Jika dibaca satu persatu, tiada satu pun sebenarnya pendirian yang diberikan oleh DAP terhadap Islam. Jika benar DAP parti yang tidak berasaskan kaum, mengapa perlu setiap kali mengeluarkan kenyataan berasingan terhadap kaum Melayu dan agama Islam?

Selama puluhan tahun kerajaan BN memegang tampuk kerajaan, pernahkah mana-mana pemimpin BN mengeluarkan pendirian terhadap agama lain seperti Hindu, Buddha dan Kristian? Jawapannya tidak pernah kerana BN bukanlah parti murahan seperti PAS dan DAP yang sesuka hati mempolitikkan agama.

Lim Guan Eng sepatutnya mencermin diri sendiri kerana dialah orang yang mencadangkan pilihanraya masjid di Pulau Pinang!


Jika dikaji kembali, siapakah sebenarnya yang biadab dalam isu agama? Apabila UMNO dan BN cuba berdemo dan mempertahankan hak, Lim Guan Eng merangkap ketua menteri paling celaka akan menuduh UMNO dan BN sebagai rasis. Siapa yang rasis sebenarnya dalam isu berkaitan agama? Dan pernahkah Lim Guan Eng meminta maaf terhadap umat Islam di Pulau Pinang terhadap isu pilihanraya masjid?

Tidak perlu dirungkaikan satu persatu di sini mengenai kebiadapan DAP terhadap agama Islam kerana telah terbukti DAP sememangnya anti Islam dan anti Melayu. DAP hanya menggunakan Islam dan Melayu demi kepentingan parti mereka sahaja. Jika benar apa yang dicanangkan Lim Guan Eng, mengapa Lim Guan Eng sendiri tidak mahu bertanding di tempat majoriti Melayu dan Islam?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP