PAS CUBA KELENTONG ORANG SARAWAK. WAKAKAKA......

>> 23 November 2011


Ketua pemuda PAS Sarawak cuba menipu sekalian rakyat jelata bahawa BN bukan lagi pilihan rakyat Sarawak. Statistik yang dikeluarkan oleh si bebal ini berdasarkan statistik PRN yang lalu dimana kekalahan besar SUPP. Boleh pakaikah statistik sebegini?

Jika begitu, di mana pula hendak diletakkan statistik BN mendapat 2/3 dengan mudah? Di mana pula statistik PAS masih lagi mengekalkan rekod telur Omega di Sarawak? Amat hairan dengan kenyataan si bebal ini kerana hanya melihat statistik yang kecil tetapi gagal untuk melihat statistik yang besar.

Jika begini kenyataan yang dikeluarkan si bebal ini, mengapa pula PAS tidak meletakkan jumlah calon yang besar di Sarawak? Apa macam, ada berani? 

Tujuan sebenar PAS mengeluarkan kenyataan ini tidak lain dan tidak bukan untuk meyakinkan DAP dan PKR bahawa PAS masih mampu untuk memenangi kerusi di Sarawak. Tetapi bak kata seorang blogger dari Sarawak, "jangan mimpi!". Namun setelah mengeluarkan kenyataan ini, masih mampukah DAP dan PKR memberikan kepercayaan kepada PAS untuk bertanding lagi di Sarawak?

Sudah terbukti PAS tidak relevan di Sarawak. Jadi kepada Mohammad Arifiriazul, sila keluarkan kenyataan yang lebih bijak, bukan sekadar hentam kromo.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP