THE LAST STAND FOR PKR. SHIT OR GET OFF!

>> 27 November 2011


Pakatan Haram sedang sibuk membincangkan sebuah lagi perhimpunan haram untuk meraih undi dari rakyat. Masing-masing dilihat ada agenda tersembunyi yang cuba ditutup demi mengaburi mata rakyat. Dapat dilihat sendiri bahawa sebenarnya perhimpunan haram Bersih bukanlah sebuah perhimpunan yang benar-benar memperjuangkan 8 tuntutan tersebut.

Jika tidak masakan penganjur Bersih gagal mendapatkan permit walaupun kerajaan sudah pun berlembut untuk memberikan permit. Hasil daripada himpunan Bersih yang lalu, Pakatan membuat kesimpulan bahawa perhimpunan tersebut ialah perhimpunan yang GAGAL!. Bukanlah satu kejayaan jika perhimpunan tersebut gagal menarik tidak sampai pun 0.01% daripada jumlah rakyat Malaysia.

Kini skrip yang sama dimainkan. Nama lama Bersih 2.0 ditukar kepada Bersih 3.0. Tujuan dan agenda mereka masih sama.

PAS mahu mengembalikan undi Melayu yang telah hilang
PKR mahu meyelamatkan parti yang kian rapuh dan menjadikan Anwar PM menggunakan jalan belakang (kira main belakang la ni)
DAP mahu bangsa Melayu berpecah-belah. Yang untung bangsa bukan Melayu

Dan disini perlu diingat wahai para pembaca sekalian. Sekiranya perhimpunan Bersih benar-benar ikhlas dilakukan, masih terdapat banyak jalan yang betul untuk digunakan. Kita bukannya negara dunia ketiga yang gemar melakukan huru-hara. Kita adalah negara yang menduduki tangga ke 21 negara paling di dunia.

Dan tujuan utama PR menganjurkan perhimpunan hanyalah sebagai jalan untuk memporak-perandakann kerajaan dan menyelamatkan Anwar Ibrahim dari dipenjarakan. Saya percaya sekiranya Anwar telah dipenjarakan, maka tidak akan wujud lagi perhimpunan Bersih edisi yang lain di masa depan.


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP