POLIS HARAMKAN PROGRAM SEKSUALITI MERDEKA

>> 03 November 2011

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program ‘Seksualiti Merdeka’ demi ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.
“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Kanun Keseksaan untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.
“Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya. - sumber umno online.
Saya percaya Ambiga akan terus berdegil dan akan terus meneruskan agenda jahat ini. Jadi PDRM di minta untuk sentiasa membuka mata kerana sebelum ini juga perkara seperti ini pernah berlaku semasa BERSIH. Permit tidak dikeluarkan tetapi Ambiga dan para pencacainya masih terus mengadakan perhimpunan haram tersebut.
Sebenarnya saya juga agak terkejut dengan reaksi yang lambat dikeluarkan oleh parti-parti politik dan institusi-institusi agama mengenai hal ini. Seharusnya mereka mendahului rakyat marhaen dalam mengeluarkan kenyataan menentang gerakan ini. Di masa hadapan, pihak-pihak ini perlu lebih peka dengan permasalahan seperti ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP