BUKTI DAP SOKONG SOSIALIS. ORANG ISLAM, MELAYU SOKONG DAP SILA BACA

>> 17 November 2011


Fakta ini diambil dari laman blog DAP sendiri. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan fakta ini kerana hanya fokus ke halaman tertentu. Selama ini juga mungkin anda tertanya-tanya apakah hala tuju parti tersebut. Jika ada yang menyatakan hak kesama-rataan, jawapannya tidak lengkap kerana jawapan yang sebenarnya ialah hak kesamarataan berpandukan kepada fahaman sosialis!


The Petaling Declaration 
The Petaling Declaration reaffirms that DAP is to achieve its objective of creating a democratic socialist Malaysian Malaysia through peaceful, democratic and constitutional struggle. 
The Petaling Declaration also reaffirms the call to abolish the quota system, and calls on the Government to seriously deal with the problems of rural poverty, land ownership, manpower training and provision of basic infrastructure, so as to eradicate class polarisation. 
The Petaling Declaration makes many suggestions on how to build a clean, efficient and caring government. The concrete measures to combat corruption and to promote democratisation are still valued as the guiding principles of our struggle. (1981)

Sekarang ini cuba pula anda bertanya, mengapa pula kita perlu menentang fahaman sosialis?

Kita perlu menentang fahaman sosialis kerana fahaman ini fahaman yang beranak-pinak dari fahaman komunis. Mungkin ada yang mengatakan bahawa fakta sosialis anak kepada komunis adalah salah tetapi jangan terlupa satu fakta, pengasas fahaman sosialis dan komunis ialah orang yang sama iaitu Karl Marx.

Sekarang lihat pula apa yang dimaksudkan dengan democratic socialist seperti yang dinyatakan di dalam Petaling Declaration. Democratic socialist ialah fahaman moden dari sosialis yang menekankan tahap penguasaan pemimpin negara dari kalangan ahli politik, bukannya dari kalangan tentera. Itu sahaja perbezaannya dengan fahaman sosialis yang asal dan perkara yang lain tetap sama (klik) seperti warna rasmi ialah warna merah, penguasaan ekonomi berpusat kepada pemerintah dan lain-lain.

Seperti yang diketahui juga, fahaman sosialis tidak pernah mengikitiraf agama dan kaum keturunan seseorang kerana fahaman ini hanya menekankan tahap penguasaan ekonomi dan politik dalam negara (klik). Jadi, sekiranya DAP berkuasa, tiada lagi Islam sebagai agama rasmi, tiada lagi hak-hak orang Melayu, tiada lagi hak keistimewaan bumiputera dan bermacam-macam lagi.

Oleh itu, sebagai seorang Islam dan Melayu, masih mahukah anda menyokong DAP? Dan juga kepada kepada pemimpin-pemimpin DAP yang berbangsa Melayu seperti Tunku Aziz dan Ahmad Ton, perlukah anda memberikan kepercayaan anda kepada orang yang sentiasa mahu menghapuskan hak anda? Sila jawab wahai para orang Islam dan Melayu dalam DAP.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP