ANTHONY LOKE CUBA MENJILAT BERAK TONY PUA

>> 23 November 2011


Semalam sidang DUN Negeri Sembilan agak kecoh. Anthony Loke mengeluarkan kenyataan bahawa DAP Negeri Sembilan sesekali tidak akan mengurangkan jumlah kakitangan awam jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia. Anthony Loke juga mengutuk kata-kata Tony Pua dan mengatakan idea itu adalah idea individu, bukan idea parti. Malah Anthony Loke cuba meyakinkan para hadirin sidang bahawa perkara itu tidak akan berlaku.

Isa Samad bangun mencelah mengatakan mereka dari parti yang sama dan mengapa terdapat perbezaan idea? Tambahan pula Tony Pua bukan sekadar YB malah mempunyai jawatan dalam parti. Kemudian berlakulah edisi pembohongan dari Anthony Loke dalam usaha meyakinkan hadirin sidang tentang apa yang diperkatakan olehnya.

Kebodohan Anthony Loke ialah mengeluarkan kenyataan itu semasa sidang DUN. Kenyataan itu sepatutnya dikeluarkan di media massa secara terbuka, bukannya dengan cara meraih populariti semasa sidang DUN. Apakah yang dapat dilakukan DUN hasil perbincangan perkara ini? Jawapannya hanya membuang masa bersidang!

Tambahan pula, Tony Pua langsung tidak pernah memohon maaf terhadap kenyataan bodohnya itu. Malahan terdapat media-media pembangkang yang cuba sedaya upaya meyakinkan apa yang dikatakan Tony Oua itu berasas. Kenapa Anthony Loke perlu terhegeh-hegeh untuk menyapu segala keburukan yang dibawa Tony Pua? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar modal kempen politik dan Anthony Loke tidak ikhlas untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

Jika Anthony Loke ikhlas untuk mengeluarkan kenyataan, kenyataan menghentam Tony Pua perlu dikeluarkan pada sidang Dewan Rakyat, bukannya sekadar sidang DUN! Isa Samad juga menyatakan keengganan Tony Pua menunjukkan kenyataan itu ialah kenyataan parti. Ini satu ulasan yang amat dipersetujui sama sekali. Jika tidak, masakan DAP tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Tony Pua? Dan kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat, masih perlukah anda menyokong parti yang akan menggelapkan periuk nasi anda?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP