PROJEK SPICE: KERAJAAN PULAU PINANG HADAPI 4 SAMAN

>> 21 November 2011


Kerajaan Pulau Pinang kini sedang menghadapi 4 saman daripada 4 warga Pulau Pinang. Keempat-empat mereka ialah Khoo Yen Her, R. Rama Krishnan, Abdul Manan Abdul Manap dan K. Sathiasilan. Saman ini berhubung dengan salinan dokuman Jawatankuasa Perbandaran Pulau Pinang dan pemaju SPICE iaitu Eco Meridian Sdn Bhd.

Buat masa ini tiada pihak yang mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai saman ini. Sejak rejim Lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang, terlalu banyak saman dihadapi oleh kerajaan negeri berhubung dengan pelbagai  insiden.

Apa yang perlu ditekankan disini, slogan CAT laungan Ketua Menteri lidah bercabang hanyalah sekadar slogan sahaja. Pendedahan mengenai penyelewengan isu SPICE telah pun didedahkan oleh para blogger Pulau Pinang. Dan tidak sekadar itu, malah terlalu banyak penyelewengan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pengurusan kewangan. Rakyat Pulau Pinang perlu membandingkan apakah CAT laungan lidah biawak sudah mencapai sasaran atau pun hanya satu slogan penipuan untuk menawan hati rakyat.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP