THIS IS THE ANSWER FOR SISTERS IN ISLAM

>> 17 October 2011

Zakir Naik ialah ulama tersohor dari India. Beliau pernah berdebat dengan paderi dari Amerika mengenai isu Islam. Beliau dilihat sangat zuhud dalam berbicara dan kelakuan. Kehebatan beliau yang sukar ditandingi oleh umat Islam yang lain. Antara kebolehannya ialah mengislamkan seorang kafir yang mempertikaikan hukum agama Islam pada satu persidangan Islam di Eropah.

Sisters in Islam gemar untuk mempertikaikan mengenai hukum suami berkahwin empat. Malah mereka tanpa segan silu membawa sepanduk "one husband, one wife" semasa perhimpunan hari wanita dunia pada bulan Mac yang lepas.

Persoalannya yang sebenarnya, adakah Sisters in Islam mempunyai ilmu yang cukup untuk menafikan satu syariat yang diturunkan Allah kepada manusia? Sila lihat video di bawah untuk melihat jawapan yang sangat bernas dan bermaklumat dari seorang hamba Allah yang tidak cantik penampilannya tetapi sangat bijaksana.


Fakta yang dihuraikan oleh Zakir Naik mengenai populasi adalah benar. Nisbah lelaki dan wanita di Amerika ialah 0.97 : 1. (sumber: wikipedia)

Jadi, tidak perlulah Sisters in Islam masih mahu mempertikaikan poligami. Lagi satu, Islam itu agama yang diturunkan Allah. Sekiranya agama Islam itu boleh diubah-ubah mengikut citarasa manusia, maka itu bukanlah Islam sebaliknya ianya agama budaya.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP