BAJET PEMBANGKANG: ADA SATU BENDA TERTINGGAL. LUPA ATAU SUDAH KANTOI?

>> 08 October 2011

Lupa da....

Dalam pembentangan bajet pembangkang, terdapat satu benda yang dilupakan oleh Anwar Ibrahim. Perkara ini sememangnya dari dulu diperjuangkan olah pembangkang. Inilah modal terbesar mereka untuk memenangi undi. Tetapi, mengapa perkara ini boleh dilupakan?

Perkara tersebut ialah menurunkan harga minyak. Mengapa perkara yang penting ini boleh dilupakan? Adakah sememangnya mereka lupa atau penipuan mereka mengenai harga minyak telah menampakkan penipuan semata-mata?

Di waktu ini, bajet pembangkang hanya mampu membentangkan pelan mengekalkan harga minyak. Ini 2 perkara yang jauh berbeza dari apa yang dicanang dahulu. Akhirnya secara tidak langsung mereka mengakui adalah sukar untuk menurunkan harga minyak.

Inilah akibatnya jika terlalu banyak berbohong dan berjanji kosong. Kesudahannya semua benda menjadi tunggang terbalik. Kepada pro-pro pembangkang, sila tanya Anwar Ibrahim, mana hilangnya bajet mengenai harga minyak atau anda sendiri pun masih belum sedar ditipu hidup-hidup oleh Anwar Ibrahim?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP