BUKTI PSM MENDOKONG FAHAMAN KOMUNIS!

>> 19 October 2011

PSM atau pun Pati Sosialis Malaysia sedang giat menjalankan penyebaran ideologi mereka di kalangan rakyat Malaysia. Usaha mereka dilihat amat gigih sekali dan turut didokong oleh beberapa golongan profesional.

Samada sedar atau tidak, penyebaran fahaman ini dilihat semakin menular ke segenap lapisan masyarakat. PSM menggunakan satu daripada medium komunikasi yang penting dalam penyebaran ini iaitu buku.



Buku yang ditulis oleh Mike Gonzalez ini dipromosikan di laman web PSM. Siapakah Mike Gonzalez?

Mike Gonzalez ialah seorang penulis dan ahli sejarah British yang mendokong fahaman sosialis. Antara hasil penulisannya yang paling berjaya ialah sebuah buku bertajuk Cuba, Castro and Socialism. Mike Gozalez juga terlibat di dalam peristiwa revolusi Cuba 1959. Banyak hasil tulisannya yang diharamkan oleh kerajaan Scotland kerana berpandukan kepada fahaman sosialis.

Buku di atas menerangkan mengenai asal usul sosialis yang beranak-pinak dari fahaman komunis yang dihasilkan oleh Karl Marx. 

Jadi, sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan kepada PSM kerana penyebaran fahaman ini amat merbahayakan institusi kerajaan dan perlembagaan negara.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP