BLOG PENJILAT ANWAR SUDAH KEPANASAN DENGAN VIDEO TERBARU ANWAR.

>> 10 October 2011


Blog-blog pejilat tegar Anwar Ibrahim sudah kepanasan dengan pendedahan sedutan video klip terbaru Anwar Ibrahim di Thailand.

Blog pembangkang hanya sekadar mampu melihat dan menunggu reaksi penuh dari Papagomo.

Hanya terdapat satu sahaja blog pembangkang yang berani mendedahkan isu video klip ini. Blog pembangkang ini juga hanya menyiarkan gambar tanpa memberikan apa-apa pendapat atau reaksi.

Berbeza dengan pendedahan video klip yang pertama bersama China Doll, kali ini kesemua portal pembangkang hanya diam dan terus diam. Mengapa berdiam? Bukankah waktu tayangan video klip yang pertama dahulu blog-blog pembangkang bukan main kecoh? Semasa itu, tayangan belum pun dibuat tetapi blog-blog pembangkang sudah aktif untuk menyalahkan UMNO.

Kali ini, tiada komen, tiada respon dan tiada tindakan dari blog pembangkang. Kata orang tua-tua, diam tanda setuju. Bukankah begitu?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP