AZIZ BARI: DIPERANGKAP ATAU TERPERANGKAP?

>> 19 October 2011


Aziz Bari seringkali mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada pembangkang. Dahulunya Aziz Bari mengeluarkan kenyataan menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dan kini pula Aziz Bari mengeluarkan kenyataan menghina sultan.

Aziz Bari seharusnya sedar dengan kedudukan dirinya sebagai seorang penjawat awam di UIA. Gajinya dibayar kerajaan dan sekiranya Aziz Bari ingin mengeluarkan apa-apa kenyataan berbaur politik, Aziz Bari perlu meninggalkan kerjayanya sebagai pensyarah di UIA.

Kebiadapan Aziz Bari ini telah menarik perhatian Zulkifli Nordin untuk berdebat mengenai isu kebiadapan terhadap sultan ini tetapi dengan bersyarat Aziz Bari perlu meminta maaf dahulu. Aziz Bari pula mengeluarkan kenyataan lain yang mempersoalkan kenapa perlu meminta maaf untuk berdebat?

Sudahlah biadap, tidak mahu meminta maaf pula. Berdasarkan sikap Aziz Bari ini, dapat dilihat belang sebenar Aziz Bari yang sememangnya penyokong tegar pembangkang. Akhirnya Aziz Bari sudah terikat dengan permainan Zulkifli Nordin. Kerjayanya di UIA mula dipertikaikan banyak pihak.

Mahu atau tidak mahu menyahut cabaran Zulkifli Nordin, Aziz Bari pastinya akan meninggalkan kerjayanya di UIA. Keceluparan mulutnya menunjukkan Aziz Bari lebih minat berpolitik menyokong pembangkang dari bekerja sebagai pensyarah. Di sini, Zulkifli Nordin sudah pun menang secara moral. Belum pun berdebat, Aziz Bari pasti akan kehilangan kerjayanya.

Di waktu ini, cuba anda bertanya. Adakah Aziz Bari berjaya memerangkap Zulkifli Nordin atau pun Aziz Bari terperangkap dengan sikap egonya sendiri?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP