MCA DAN GERAKAN NS TERUS TIDUR

>> 13 October 2011


Cara kempen MCA dan Gerakan di Negeri Sembilan menampakkan kehancuran terus komponen tersebut di negeri ini. Ini berdasarkan kepada cara kempen mereka pada PRU yang lalu.

Permasalahan dalam parti dilihat tiada yang serius tetapi cara gerak kerja MCA dan Gerakan amat memalukan. Ini berdasarkan kepada PRU ke 12 yang lalu dimana kita kehilangan 3 Parlimen utama iaitu Seremban, Teluk Kemang dan Rasah.

Saya masih ingat lagi di waktu itu, MB Negeri Sembilan mengarahkan UMNO untuk membantu MCA dan Gerakan berkempen di kawasan majoriti cina di Lobak dan Temiang. Apabila kumpulan UMNO sampai untuk berkempen, tiada seorang pun wakil MCA dan Gerakan yang hadir untuk membantu kempen pada ketika itu.

Secara logiknya, mampukah UMNO meyakinkan pengundi cina untuk mengundi BN? Mana perginya MCA dan Gerakan pada ketika itu? Saya percaya sekiranya trend seperti ini diteruskan, MCA dan Gerakan akan sentiasa tewas di Negeri Sembilan.

Jadi, sudah sampai masanya MCA dan Gerakan mengubah trend cara kerja mereka yang mengharapkan segala-galanya dari UMNO.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP