BN MAHU MENANG PRU ATAU TIDAK?

>> 10 October 2011


Kehangatan PRU kian terasa. Selama PRU, PRU ke 13 akan mencatatkan sejarah samada BN akan mendapat kembali 2/3 setelah kalah teruk pada PRU 12 atau pun PR akan menjadi kerajaan yang baru setelah 54 tahun.

Disini saya ingin mengambil inisiatif untuk berbincang sesama pro BN. Antara faktor penguat jentera parti sekarang ini ialah suara ahli sendiri. Saya kagum dalam kebolehan Najib dalam membaikpulih ekonomi dalam masa 2 tahun selepas kemelesetan ekonomi dunia pada 2008. Dalam masa beberapa tahun sahaja ekonomi sudah pulih cuma diwaktu ini ialah masalah inflasi yang boleh dikawal sekiranya diuruskan dengan bijak.

Cuma yang ingin saya nyatakan disini, Najib dan para pemimpin ahli BN perlu lebih peka dengan suara ahli sendiri. Pak Lah tumpas kerana gagal untuk menteliti suara ahli dengan baik. Kerana itu pada tahun 2008, ramai ahli BN yang menyumbat gol sendiri.

Suara ahli yang paling perlu didengari sebenarnya ialah golongan sayap kiri dalam BN. Mereka inilah pembangkang dalam BN yang membangkang untuk menguatkan jentera BN dan kerajaan. Pembangkang dalam BN inilah yang mencorakkan bentuk pentadbiran yang kukuh dalam memperbaiki kelemahan BN di waktu ini.

Dapat dilihat dikalangan blogger pro kerajaan sendiri ramai pembangkang dalam kerajaan. Suara mereka ini sebenarnya ialah suara rakyat. Cuma sekarang ini saya tertanya-tanya samada pemimpin BN sedar atau tidak.

Saya bersetuju dengan blogger APA dalam pendiriannya dalam kerajaan iaitu selagi Najib dikelilingi oleh golongan "yes man", maka BN tidak akan kemana-mana. Maka dari itu, pilihan terletak di tangan pemimpin BN samada mahu meneruskan jejak langkah sumbang Pak Lah atau pun berlari untuk menuju ke garisan kemenangan.

Saya tidak mahu menulis dengan secara khusus kerana dikhuatiri akan menyebabkan ahli-ahli BN yang sedia ada akan terasa hati. Biarlah tulisan ini sekadar menjadi tulisan umum sahaja untuk dijadikan nasihat.

ps: PRU takkan diadakan tahun ni punya sebab budak sekolah nak SPM. Tapi apa-apa boleh jadi...

1 comments:

Aku Peduli Apa @ APA October 10, 2011 at 11:15 AM  

Salam bro Saudagar Ikan.
Terima kasih....

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP